01 Mac 2011

Merinduimu

Jika kau bersedih, pandanglah ke langit…

Ingatlah Allah masih ada…

Jika engkau resah, renunglah ke dasar hati…

Yakinlah Allah mencipta hati…

Jika engkau kecewa, lihatlah sungai yang mengalir…

Walau dihalang batuan keras tetap jua ia deras melalui...

Jika kau berputus asa, lihatlah hakikat alam semesta…

Percayalah Allah Maha Berkuasa...

Jika kau rasa sepi, lihatlah purnama di malam hari…

Yakinlah Allah tidak pernah membiarkan kita sendiri…

Jika segalanya tidak pasti…

Serahkan pada yang Maha Mengetahui,

Segala yang tersurat dan tersirat…

Moga jawapannya kan engkau temui…..

Tinta buat bakal suamiku.....

Assalammualaikum wrt wbt.
Buatmu,Bakal suamiku.
Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?
Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.
Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.
Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.
Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

Wanita dan rama-rama

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang
melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.
Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.
Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.
Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Doa seorang akhawat

Ya Allah…Jadikanlah aku seorang wanita yang sholehah…Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada-Mu…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap dien-Mu..
Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada-Mu..
Yang senantiasa dahaga akan mengharap ridho-Mu….
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar….
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang senantiasa bersama bersama para mujahiddah-Mu…
Jadikan aku seorang wanita yang sholehah…
Yang dapat menjaga tutur katanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang didapatnya…
Yang senantiasa berbuat kebajikan karena sifat penyayangnya…Yang mempunyai banyak sahabat dan tidak memiliki musuh...
Jadikanlah aku seorang wanita sholehah…
Yang menghormati suaminya…
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga…
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga…
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami islam..
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Karena dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…Jadikanlah aku wanita sholehah…
Yang selalu menjaga lisan,penyayang keluarga dan suaminya kelak…Suaranya selalu mengumandangkan dzikir…
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kesigapan…
Karena sadar betapa indahnya menjadi wanita sholehah melebihi perhiasan apapun di dunia…
Semakin sadar bertambah usianya bertambah kematangannya…
Jadikan aku wanita sholehah…
Yang senantiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah-Mu…Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat.
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga…
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di hari akhir nanti…
Meneruskan pejuang islam sebelum hari kemudian…
Jadikanlah aku wanita sholehah…
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Karena aku memimpikan surga-Mu…Amin..Amin..
Ya Robbal ‘alamin…

Doa seorang akhawat

Ya Allah…Jadikanlah aku seorang wanita yang sholehah…Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada-Mu…+
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap dien-Mu..
Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada-Mu..
Yang senantiasa dahaga akan mengharap ridho-Mu….
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar….
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang senantiasa bersama bersama para mujahiddah-Mu…
Jadikan aku seorang wanita yang sholehah…
Yang dapat menjaga tutur katanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang didapatnya…
Yang senantiasa berbuat kebajikan karena sifat penyayangnya…Yang mempunyai banyak sahabat dan tidak memiliki musuh...
Jadikanlah aku seorang wanita sholehah…
Yang menghormati suaminya…
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga…
Yang bakal menjaga kerukunan rumah tangga…
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya untuk mendalami islam..
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Karena dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…Jadikanlah aku wanita sholehah…
Yang selalu menjaga lisan,penyayang keluarga dan suaminya kelak…Suaranya selalu mengumandangkan dzikir…
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kesigapan…
Karena sadar betapa indahnya menjadi wanita sholehah melebihi perhiasan apapun di dunia…
Semakin sadar bertambah usianya bertambah kematangannya…
Jadikan aku wanita sholehah…
Yang senantiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah-Mu…Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat.
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga…
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di hari akhir nanti…
Meneruskan pejuang islam sebelum hari kemudian…
Jadikanlah aku wanita sholehah…
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Karena aku memimpikan surga-Mu…Amin..Amin..
Ya Robbal ‘alamin…